Sunday 17 March 2013

Bundle Unlimited

Jika anda berada di Kedah, cuba jelajah ke sebuah bundle besar dan murah. Walaupun agak berselerak, namun hasil yang kita dapat adalah berbaloi-baloi. Berada di pertengahan jalan dari Changlun menuju ke UUM Sintok.

Jika anda berada di Shah Alam, cuba jelajah ke pasar hari ahad dekat dengan stadium Shah Alam. Di situ banyak gerai-gerai bundle yang boleh tahan harganya. Satu lagi adalah di kawasan deretan kedai di Seksyen 7 dekat dengan kedai Mamak Hakim.

Jika anda berada di Kelantan, tak payah saya nak cerita banyak. Manakan tidak, setiap daerah ada bundle. Antaranya adalah Nuar Bundle yang mempunyai beberapa cawangan di bandar Baru Tanah Merah, Jalan Tanah Merah ke Machang dan Ketereh. Pada saya kedai ini adalah antara bundle yang paling kemas susunannya. Cuma harganya agak mahal. Berbaloi kalau beli pun sebab barangnya juga elok dan menarik.

Koleksi Pakaian Bundle

Di bawah adalah sebahagian koleksi baju dan seluar yang saya beli di bundle. Tidak kira di mana-mana bundle sekalipun, pantai timur mahupun utara tanah air, koleksi pakaian adalah lebih kurang sama.

Cuma bergantung pada minat dan kreativiti memilih para penggemar pakaian bundle. Kadang-kadang ada yang dapat pakaian yang berjenama mahal dengan harga yang murah. Ada juga yang dapat pakaian yang biasa-biasa dengan harga yang tiadak berbaloi.

So, tepuk dada tanya harga sama itu taukeh bundle.











Friday 15 March 2013

Blazer dan Kot Di Mana-mana

Bagi peminat atau kaki-kaki bundle, memang dah biasa dengan situasi ini. Pergi saja mana-mana bundle pakaian, tak sah kalau tak ada blazer atau kot yang elok-elok semua. Semuanya dalam kondisi yang menarik walaupun kebanyakkannya berwarna hitam.

Ini kalilah saya nak kongsikan dua buah toko bundle yang terbaik pernah saya jelajah dan singgah untuk mendapatkan blazer dan kot. Toko-toko ini semua di kelantan lah. Al-maklum saya pun orang kelantan kan. Bundle pula tak boleh lari dengan orang kelantan walaupun kita tahu sekarang ni bundle dah menular ke seluruh pelusuk negara.

Orang Kelantan suka bundle bukan sebab mereka tak ada duit, tapi mereka ni lebih mementingkan kualiti dan gaya tak kira murah ke mahal.

Berbalik kepada dua toko bundle yang saya sebut tadi, satunya berada di jalan Kuala Krai-Kota Baru selepas lampu isyarat 'flyover' Machang. Satu lagi pula berada di jalan Machang menghala ke Kuala Terengganu betul-betul dekat simpang nak ke Koa Bharu (kiri) dan Besut (kanan)...Hala ke kanan dan berhadapan stesen minyak.

Situ seolah-olah syurga blazer dan kot kerana dah memang itu 'main item' kat situ. Saya pun dah banyak beli kat situ. Beraneka warna dan gaya, bukan hanya warna hitam sahaja. Antara koleksi yang saya dapat dan bersedia untuk jual, lihat gambar di bawah.





Tuesday 12 March 2013

Item Pelik Pun Ada

Ini al kisah semasa saya ke sebuah bundle perabot di kampung Batang Merbau, Jalan Tanah Merah-Jeli, Kelantan.

Di sini cakap saja apa yang anda mahu dari pakaian, kasut, beg, bantal sehingga ke perabot rumah. Semuanya bundle. Terpulang pada kepakaran kita 'menyelam' untuk mendapatkan item yang kita kehendaki.

Biasanya kalau saya ke bundle perabot adalah untuk mencari item bundle yang pelik atau lain dari yang lain. Pernah saya dapat replika gajah yang dibuat dari dawai yang keras dan paku semata-mata (seperti gambar di bawah).

Saya juga pernah dapat topeng muka batman, kereta klasik mini, keyboard yamaha, kostum kaki beruang dan banyak lagi item yang boleh dikategorilan sebagai item pelik dan susah diperolehi. Itulah yang saya katakan YANG PELIK MEMANG MENARIK...





Monday 11 March 2013

Item Coca Cola Tidak Lekang Dek Zaman

Ada geng yang gemar mengumpul item dari jenama tertentu yang ianya nampak menarik di mata pengumpul, walaupun biasa di mata orang lain.

Salah satunya jenama Coca Cola yang terkenal dari dulu hingga hari ini. Apa yang dicari oleh penggemar adalah koleksi item yang lama dan susah untuk diperolehi pada masa kini.

Coca Cola menjadi pilihan pada saya disebabkan oleh keunikan yang ada pada tulisan dan botolnya. Apa yang dapat saya katakan, YANG PELIK ITU MENARIK...





Sunday 10 March 2013

Salam Jelajah

Assalamualaikum...
Salam jelajah salam perkenalan...
Saya adalah seorang peminat item bundle. Mula berjinak dalam misi mencari item bundle ialah semasa di bangku sekolah menengah rendah. Pada saya item bundle ni pelik dan misteri tapi berharga. Berharga di sini ada 3 maksud iaitu harga murah tapi berkualiti, edisi terhad dan not for sale/display only. Ada 3 sebab utama kenapa saya terikat menjadi pengumpul item bundle yang terkesan, iaitu;
1. Item yang kadang-kadang susah untuk dijumpai (rare)
2. Semua harga ada mengikut kemampuan (not for sale, mahal, mampu milik, murah dan terlampau murah)
3. Tidak kisah walau barang bersilih ganti tangan pemilik

Jadi, saya ingin mengajak anda menjelajah bersama saya, kita cari bundle mana yang bagus dan tidak bagus, item mana yang dikatakan edisi terhad...dan sambil-sambil tu anda boleh juga membeli item bundle yang akan saya tawarkan pad harga yang menarik...

Jom Jelajah Bundle